aSSalamualaikum....bertarikh 18 dan 19 september 2013 bertempat dibilik teratai tingkat 1 pejabat setiausaha kerajaan negeri sembilan darul khusus sedang berlangsung satu kursus blog yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. Seramai 25 orang peserta yang hadir terdiri daripada kakitangan jabatan mufti kerajaan negeri sembilan serta tidak terkecuali Y.B S.S Mufti sendiri, dimana kursus ini dijalankan selama 2 hari berakhir esok yang disampaikan oleh penceramah dari unit pengurusan teknologi maklumat SUK puan Ayiani.....Pelajaran kursus kali ini lebih menekankan kepada cara-cara untuk membuat blog dan cara bagaimana untuk berkongsi blog dengan orang lain serta carian menarik yang lain...
VoRTeK5683
"KEHIDUPAN ANDA BERMULA DISINI....."
Wednesday, 18 September 2013
UNTUK KETERANGAN LANJUT PM 012-3416081 HAFIZ
Apa Itu Transfer Factor? Transfer factor dipercayai mengandungi protein dan RNA, tetapi tiada DNA. Saiznya yang kecil - molekul yang beratnya kurang dari 10,000 - membuatkan ia tidak menyebabkan alergi dan membolehkan ia mengekalkan potensi penuh apabila diambil secara oral. Kolosterum semua mamalia sebenarnya kaya dengan transfer factor, dan sangat penting untuk menganugerahkan imuniti pasif kepada bayi yang baru dilahirkan melalui penyusuan badan. Transfer factor adalah molekul mikroskopik dan semula jadi yang berada di dalam tubuh setiap manusia dan binatang. Mereka adalah utusan, menghantar maklumat imuniti mengenai kehadiran ancaman kepada imun - sama ada dalaman atau luaran - dan bagaimana hendak bertindakbalas dengan betul, dari satu sel imun ke satu sel imun yang lain. Transfer factor dikeluarkan oleh limfosit dengan fungsi imuniti perantara-sel. Mereka membawa imuniti sel-perantara khusus-antigen (hipersensitiviti jenis tertangguh) limfosit ibu kepada limfosit yang belum sensitif atau mentah. Mereka juga boleh meningkatkan aktiviti ransangan imun antigen tidak khusus limfosit penerima. Transfer factor memindahkan maklumat imuniti - mengenali patogen dan gerak balas imun yang sesuai - melalui unsur (molekul atau sel) pencetus, penindas dan khusus-antigen.
Proses Mengenali Penceroboh Asing ![]()
Natural Immune Booster: Transfer Factor, William J. Hennen, Ph.D., Woodland Publishing, 1998. The Super Supplement Combination for Optimal Immune Function: Enhanced Transfer Factor, William J. Hennen, Ph.D., Woodland Publishing, 2000. A New Basis for the Immunoregulatory Activities of Transfer Factor - an Arcane Dialet in the Language of Cells, Lawrence HS, Borkowsky W. Cell Immunol, 1983. Structural Nature and Functions of Transfer Factors, Kirkpatrick CH. Annals of The New York Academy of Sciences, 1993. Mencari maklumat lain? Cari apa-apa saja di sini: Lain-lain Berita / Info Kesihatan Produk pelangsingan tidak selesai masalah "SELEPAS melahirkan anak ketiga, saya kurang bersenam dan langsung tidak menjaga makan hingga berat saya semakin naik. "Risau dengan keadaan itu saya mengambil keputusan menggunakan produk pelansingan yang... Jaundis bayi undang risiko SoalanSAYA baru melahirkan anak tiga hari yang lepas. Adakah jaundis biasa dihidapi oleh bayi baru lahir? Bagaimana merawat jaundis? Bagaimana saya tahu jika bayi saya menghidapi jaundis? Adakah jaundis... Snek sihat untuk kanak-kanak KAJI Selidik Pemakanan Asia Tenggara mendapati satu dalam dua kanak-kanak Malaysia rendah Vitamin D dan tidak memenuhi keperluan tenaga harian mereka. Kanak-kanak mungkin kelihatan sihat atau kelihatan... Gastrik penyakit gaya hidup RAMLI (bukan nama sebenar) mula menyedari dirinya mengalami sakit perut sekitar Julai 2012. Dia menyangka keadaan itu cuma sakit perut biasa. Ramli pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Doktor mengatakan... Rehabilitasi Kardiak PCMC BERTEPATAN dengan slogan Pusat Perubatan Prince Court - PCMC Cares, pusat perubatan berkenaan kini menjayakan satu lagi misi penting. Kali ini misi PCMC adalah membantu pesakit jantung mengurangkan risiko... |
Sudoku latih otak berfikir
Oleh HAFIZ AHMAD

PERMAINAN Sudoku membuatkan individu berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
PERMAINAN minda seperti Sudoku memberi manfaat yang baik kepada fikiran sehingga boleh dijadikan sebagai satu senaman bagi menguatkan otak pemain.
Ia membantu individu berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pada masa yang sama, permainan Sudoku merupakan salah satu cara untuk menggalakkan perkembangan minda kanak-kanak.
Menurut Pakar Kanak-Kanak dan Remaja, Pusat Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Khaidzir Ismail, Sudoku diibaratkan sebagai makanan minda kepada kanak-kanak kerana pada tahap ini, otak mereka sedang berkembang 80 peratus untuk menjadi matang.
“Justeru, pada tahap ini, otak mereka perlu dilatih bagi menguatkan pemikiran.
“Namun, usah hanya tertumpu pada permainan Sudoku. Sewajarnya ibu bapa perlu membuka minda anak-anak dengan aktiviti sosial yang lain seperti perbualan dan pengalaman daripada persekitaran. Ini termasuklah memberi keseimbangan kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) untuk proses tumbesaran diri kanak-kanak,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo!.
Sementara itu, Pakar Psikologi, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Dr. Syed Mohamed Shafeq Syed Mansor berkata, permainan berkaitan logik seperti Sudoku menggunakan otak kiri. Dari segi psikologi, ia dapat membantu menguatkan pemikiran seseorang.
“Namun begitu, ia tidak boleh dilakukan secara berterusan atau terlalu lama. Cukup sekadar mengisi masa lapang antara 30 minit hingga satu jam sahaja,” kata Dr. Syed Mohamed Shafeq.
Permainan minda Sudoku dicipta oleh ahli matematik, Leonhard Euler pada tahun 1783. Namun, sejak tahun 1984, Presiden Nikoli Co. Ltd., Maki Kaji telah memainkan peranan penting dalam mempromosikan pembangunan dan pemasaran Sudoku melalui syarikat pengeluar teka-teki itu.
Sudoku kini dimainkan di lebih 100 buah negara seluruh dunia. Popularitinya dapat dilihat melalui penganjuran pertandingan Sudoku untuk pelbagai peringkat umur di dalam dan luar negara.
Tahun ini, Peraduan Sudoku Kosmo! Midea akan dianjurkan bermula 16 hingga 21 September 2013. Ia mendapat kerjasama pengedar rangkaian produk elektronik dan perkakasan rumah, Midea Scott & English Electronics Sdn. Bhd. (Midea), yang merupakan penaja utama peraduan tersebut.
Hakcipta terpelihara
Subscribe to:
Comments (Atom)